Monday, January 07, 2013

Semua dah tertulis.....




Assalamualaikum :’) Hi *lambai tangan* Apa khabar? Wahhh lamanya tak buka blog ni, actually blog ni kena hack. Tak taukan? Haa ada tak ceritacerita yang korang baca kat blog ni? Mesti la takde, sebelum kena hack haritu eyna dah private blog ni sebab renovate sikit. Tapi mungkin haker ni tak tau kot yang blog ni private, macammacam woi dia kutuk. Dia cerita panjangpanjang tapi semua pasal dia, kononnya eyna ni fake dia. Ganggu hal dia la apa la -.- Annoying gila masa baca tadi tapi jangan risau, after this dia takan boleh hack or whatelse lagi. Eyna dah ketatkan kawalan security pada blog ni ^.^v


So harini hari isnin, 7hb Januari 2013 :’) Oh sebelum terlupa, Selamat Tahun Baru 2013 :’) Semoga tahun ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahuntahun yang lepas, samasama kita doakan. Kay macam mana awal tahun korang? Apa azam tahun ni? Azam tahun lepas dah settle semua? Wahh bagus ya pada yang tercapai semua azam tahun lepas :’) Tahniah eyna ucapkan! *tepuk tangan* Hmmm eyna? :’O Err syukur Alhamdulillah, sekarang eyna dah kerja tau! Kat Kedai Pakaian MAEVA kat Subang Perdana tu, siapa stay Subang Perdana tau la kedai ni :’) Sekadar cari pengalaman, since habis sekolah asyik terperuk jeh kat rumah. Lama juga la, kirakira dalam 3tahun juga la. Akhirnya eyna set up azam tahun ni tuk keluar bekerja, sambil cari pengalaman baru :3 Senior kat tempat kerja eyna semua baikbaik, banyak beri tunjuk ajar. Bos tak payah cakap memang terbaik gila! Sumpah best! Lain rupanya bila dah bekerja,  bila tengok si Apiz jiran depan rumah eyna tu balik kerja macam penat jeh. Nak juga rasa pengalaman bekerja, tak sangka seronok! Penat pun berbaloi sebab kita kerja bergajikan. Hmmm actually tahun ni banyak mengubah eyna, disebabkan azam utama tahun ni kerja, so dari situ sikit sebanyak mematangkan eyna. Sekarang eyna dah pandai berdikari *angkat kening* Kalau dulu salu bangun lambat, dalam tengah hari matahari dah terpacak baru nak bangun. Sekarang ni dah pandai bangun awal pagi tau, jam 8 jeh dah celik atas bantuan ALARM hehe :3 Kira belajar bangun pagi la, kalau bangun tengah hari macam mana nak kerjakan? Alhamdulillah sekarang eyna makin rajin xD Eyna lebih bersemangat dan bersungguhsungguh! Almaklum la, azam tahun ni BESAR! Nak bertunang *bisik* HAHAHAHA xD *gelak jahat* Eh betul la, eyna tak mainmain. Perancangan awalnya macam tu la, eyna pun tak sure lagi sebab baru jeh kerja, nak kumpul duit dulu. Eyna pun tak bincang dengan Nabil lagi, hmmm nak tau kenapa eyna buat keputusan nak bertunang? *tunduk muka* Haha adalah, R.A.H.S.I.A ;) Hmmm takde la, eyna nekad nak ada ikatan sebab eyna dengan Nabil pun dah lama berkawan. Lagi pun eyna tanak nanti ada pula fitnah yang merosakkan nama baik keluarga masingmasing dan juga hubungan kami. InsyaAllah….. Doadoakan la ya? :’)


Actually harini nak cerita sikit kenapa alasan eyna nak ada ikatan dengan Nabil. Bukan sebab kita dah terlanjur la, adoi siapa yang buat spekulasi ni? Dengar la dulu, biar tuan punya badan cerita dulu baru nilai. Macam ni, sepatutnya 1hb Januari 2013 tu eyna balik kampong Nabil kat Pahang, macam akak eyna balik kampong boyfie dia tu. Dan sepatutnya juga haritu kita jumpa buat kali kedua, macam mana nak mula ya? *flashback*


31hb Disember 2012

Harini mula la hari macam  biasa, bangun pagi tersenyum tetiba. Sampai tengah hari eyna tolong mak masak untuk tengah hari, tepat jam 12:24:00pm eyna dapat text dari Nabil. Kay eyna buka security code ******** Kita text lebih kurang macam ni la…



NABIL : Gemok? B ada cerita best! :)
EYNA : Cerita apa? :/
NABIL : 1/1 b datang Subang! :)
EYNA : :O Yeke?!!
NABIL : A’ah. Kenapa? Tak suka ke? :)
EYNA : *fake smile* Gila tak suka? Maigad b datang dengan siapa?
NABIL : Dengan keluarga sayang~ b nak keluar berdua dengan sayang :)
EYNA : :) Mesti la, b datang dengan family b ke?
NABIL : A’ah. Sayang macam tak happy jeh? Something wrong?


Kay sampai situ textnya, ada lagi sebenarnya. Nanti eyna cerita lagi, sabar. Kay sampai text kat atas ni, memang ada yang tak kena sebenarnya. Eyna pun tak tau kenapa, sebab sepatutnya hari macam ni la eyna paling happy, macam first day nak jumpa. Bila confirm nak jumpa terus melompat macam beruk -.- Termengaku pula. Tak la, betul eyna melompat masa tu tapi bila dia bagi tau nak jumpa kali ni macam takde semangat jeh. Ruparupanya memang betul pun, kami tak jadi jumpa :’( Sedih sangat masa eyna amik keputusan tanak jumpa dia, asalnya bukan tanak jumpa. Mulamula plannya bila dia sampai Subang, family dia singgah jumpa eyna kejap then tinggalkan Nabil kat Subang. Famili dia terus pegi rumah maklong kat Wangsa Maju then tukar plan nak bawa eyna sekali pegi rumah maklong dia. Dari situ jeh eyna dapat rasa yang semua tak berjalan macam yang dirancang, so eyna ikutkan jeh. Eyna cakap la yang eyna takde baju nak keluar jauhjauh tetiba dia tanya size baju and seluar eyna, eyna tanya kenapa dia cakap nak belikan supaya eyna ada baju bila nak keluar nanti. Kay excited la sikit, dia sanggup buat apa jeh untuk eyna. Then petangnya pula, tukar plan lagi. Dia text suh call balik, kay eyna call tanya kenapa. Conversationnya macam ni….



NABIL : Hello sayang, assalamualaikum.
EYNA : Waalaikumsalam busuk.
NABIL : Sayang buat apa tu?
EYNA : Takde buat apa pun busuk, kenapa? Tadi pegi mana?
NABIL : Tadi beli baju, err sayang, b nak tanya ni.
EYNA : Tanya apa sayang?
NABIL : Malam nanti family b nak ajak sayang balik kampung b kat Pahang.
EYNA : Balik Pahang? :O Kenapa tukar plan pula ni?
NABIL : Tak tau ayah, dia nak balik Pahang.
EYNA : Sayang tak tau la, kena tanya ayah dulu. Takut ayah tak bagi jeh
NABIL : *suara kecewa* Ala kenapa? Sayang cuba la pujuk ayah dulu.
EYNA : Hmm takpe la, sayang cuba cakap dengan ayah dulu.
NABIL : Hmm kay bye assalamualaikum, love you muah.
EYNA : Love you, muahh.


Haa macam tu la, kita sembang masa tu. Then petang tu ayah pun balik kerja, eyna slowtalk dengan ayah. Memang ayah tak kesah tapi ayah tanya balik kat eyna, adakah eyna dah betulbetul sedia nak ikut dorang? Bukan apa kami takde ikatan, tak manis kalau orang kampung tengok family Nabil bawa anak dara orang balik sana tengah malam. Lain la kalau kita dah bertunang, ada juga alasannya yang eyna balik Pahang ikut tunang. Takde la orang kampung nak mengata keluarga tak pandai jaga anak, betul tak? Mulamula eyna buat derk jeh, sampai la bila eyna fikir masakmasak balik. Baik tak payah ikut dari timbul sebarang fitnah kat sana, kay eyna text Nabil macam ni…


“B, sayang minta maaf sebab terpaksa buat keputusan macam ni. B nak marah ke nak maki ke nak apa ke, sayang rela. Sayang tak jadi ikut b balik Pahang, ayah memang bagi tapi sebelah pihak tak izinkan. B suka ke tak suka, sayang tetap takan ikut b balik Pahang. Fullstop, insyaAllah kalau diizinkan Allah kita jumpa kay? Please understand my situation, thank you :’)”


Kay lepas jeh text kat Nabil tah cane meleleh pula airmata ni tak hentihenti :’( Memang sedih gila masa tu, bukan main lagi plannya, lastlast tak jadi. Then dalam tengah malam 1hb Januari, Nabil call guna number ayah dia. Eyna jawab…




EYNA: Hello *suara lepas nangis*
NABIL : Sayang dah siap belum? Dalam satu jam atau dua jam lagi sampai la subang.
EYNA : B ada baca text msg kat phone b tak?
NABIL : Msg apa?
EYNA : *nangis* Sayang tak jadi ikut b balik Pahang.
NABIL : *suara lemah* Laa kenapa sayang?
EYNA : Sorry b, sayang tanak ikut b balik Pahang.
NABIL : Tapi kenapa sayang? B nak jumpa sayang *menangis*
EYNA : Sorry b, sayang ada alasan yang kuat. Please b balik dengan family b jeh kay?
NABIL : Tanak, b nak sayang *menangis teresakesak*
EYNA : *hang up phone* *menangis*


Serious eyna tak tahan bila dengar dia menangis, terus letak call. Dia call banyak kali tapi eyna tak jawab, eyna tau eyna seksa dia, semua salah eyna. Mulamula bagi harapan, last tak jadi. Mesti la dia kecewa, eyna tak boleh tahan sangat bila dengar dia dah mula nak menangis. Eyna ada sebab kenapa tak ikut dia, eyna kena jaga maruah keluarga dia. Orang kampung ni lain macam sikit, busybody. Then bila eyna dah reda sikit, dia call tanya kenapa lagi. Eyna terus terang dengan dia, Alhamdulillah dia faham dan mula plan strategi dan azam tahun ni. Even awal tahun kami start dengan airmata tak bererti ia akan sedih sepanjang tahun, then eyna nasihatkan dia. Mungkin Allah tak izinkan kita jumpa macam tu, jadi kita kena redha. Jangan putus asa, mungkin lepas ni Allah nak temukan kita secara tak langsung macam pagi jumaat kita jumpa haritu? Kita tak tau, tapi Allah tau. Dia tau apa yang terbaik buat kita berdua, since of that day dia lebih bersemangat nak memperisterikan eyna. Eyna as her girlfie, sokong dia bagi dia semangat sampai la harini. Tak semua yang kita rancang akan berjalan lancar, kadangkadang Allah ada kejutan yang tak penah kita rancang dan akan menjadi kenangan manis yang akan kita kenang sampai bilabila. Even mulamulanya sukar, Alhamdulillah semuanya terkawal sekarang. Masingmasing dah ada plan masingmasing, so kita doakan samasama. Kita tak tau apa akan jadi masa depan nanti, Allah Maha Mengetahui. Hmm sampai sini jeh cerita eyna kali ni, byee asslamualaikum :')